Permua My Tamagotchi Forever Akan Dilancarkan Pada 15 Mac

Tamagotchi ialah permainan digital yang “wajib” dimiliki sekiranya anda membesar dalam dekad 90an. Permainan elektronik berbentuk telur ini mengajar akan menjaga seekor haiwan peliharaan digital. Segala aspek dari memberi makan, minum dan membersihkan najis perlu dilakukan bagi menjamin kesihatan Tamagotchi yang dipelihara.

My Tamagotchi Forever ialah permua yang diumumkan pada November tahun lalu dan dibangunkan oleh Bandai Namco. Permua ini akhirnya akan dapat dimuat turun secara global bermula 15 Mac ini. Ia boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS. Tamagotchi yang dipelihara kini dalam bentuk 3D dan berwarna. Bagi yang merindui Tamagotchi, ini ialah peluang untuk menikmatinya sekali lagi.

Sohor Kini