Seperti tahun-tahun sebelum ini Metacritic iaitu laman yang mengumpul ulasan-ulasan sesuatu permainan dari pelbagai sumber dan mengeluarkan satu markah yang dipanggil Metascore mengeluarkan senarai penerbit permainan video yang mendapat kumpulan Metascore tertinggi.

Mereka membahagikan penerbit kepada dua kategori iaitu Besar dan Sederhana. Besar adalah untuk penerbit yang mengeluarkan lebih 12 permainan pada tahun lepas, manakala Sederhana mengeluarkan permainan dari 6 hingga 11.

Susunan senarai ini adalah berdasarkan 4 faktor seperti berikut

  1. Purata Metascore untuk kesemua permainan yang dikeluarkan pada 2017
  2. % permainan yang mendapat ulasan yang baik (Metascore sekurangnya 75)
  3. % permainan yang mendapat ulasan tidak baik (Metascore kurang pada 49)
  4. Jumlah permainan yang sangat baik (Metascore 90 dan ke atas dengan sekurang-kurangnya 7 ulasan)

Berikut adalah senarai penuh untuk penerbit di dalam kategori Besar.

Bethesda mendahului senarai dengan mendapat 311 markah keseluruhan diikuti rapat oleh Nintendo dengan 303 markah keseluruhan. Walaupun Nintendo mendapat 3 permainan yang diulas sebagai permainan sangat baik, tetapi Bethesda mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk permainan baik iaitu 91% berbanding Nintendo 72%.

Untuk senarai penuh dan juga senarai untuk penerbit kategori Sederhana anda boleh melayari laman Metacritic menggunakan pautan dibawah.

Sohor Kini