Outlast: Bundle of Terror Kini Dikeluarkan Untuk Nintendo Switch

Pada Disember tahun lepas, Red Barrels mengumumkan yang kesemua permainan Outlast iaitu Outlast, Outlast: Whistleblower dan Outlast II akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada tahun 2018. Selepas itu tiada pengumuman lanjut yang dikeluarkan.

Hari ini dengan mengejut, Outlast: Bundle of Terror dikeluarkan di eShop untuk Switch dengan harga $24.99 (RM98). Bundle of Terror mengandungi Outlast dan juga Outlast: Whistleblower.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai Outlast II akan tetapi kemungkinan besar akan mengikut Outlast: Bundle of Terror yang dikeluarkan secara mengejut.

Beli: Outlast: Bundle of Terror di eShop

Sohor Kini