Informasi Permainan Video Terkini
Konami Memberi 100 SV Coins Dan 1 Pas Premium Boost Untuk Meminta Maaf Kerana Masalah Sambungan Metal Gear Survive
PC

Konami Memberi 100 SV Coins Dan 1 Pas Premium Boost Untuk Meminta Maaf Kerana Masalah Sambungan Metal Gear Survive

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Metal Gear Survive dikeluarkan pada 20 Februari lepas dan pada awal pelancaran ramai pemain yang tidak dapat menyambung ke pelayar permainan untuk bermain secara di atas talian.

Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Metal Gear, mereka mengatakan yang masalah ini disedari oleh mereka dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Sebagai tanda meminta maaf, 100 SV Coins dan 1 Pas Premium Boost diberikan kepada semua pemain yang mereka watak sebelum 27 Februari.

Mengikut ulasan kami, Metal Gear Survive adalah permainan yang baik akan tetapi mengandungi terlalu banyak mikro-transaksi. Baca ulasan penuh kami melalui pautan ini.


TIPS & ULASAN