Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XV Akan Menerima 4 Episod Lagi – Dikeluarkan Dari Tahun 2018 Hingga 2019
PC

Final Fantasy XV Akan Menerima 4 Episod Lagi – Dikeluarkan Dari Tahun 2018 Hingga 2019

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Jika sebelum ini Pengarah Final Fantasy XV Hajime Tabata mengharapkan Final Fantasy XV Windows Edition akan terjual sebanyak 2 juta unit, kali ini beliau berkongsi mengenai perancangan masa depan untuk permainan ini.

Melalui temubual bersama Famitsu diterjemahkan oleh Siliconera, Tabata mengatakan walaupun pemain sudah tidak lagi menanti penceritaan tambahan untuk mengisi kekosongan dalam penceritaan utama Final Fantasy XV akan tetapi bagi beliau sebagai pencipta, permainan ini masih tidak lengkap.

Beliau juga mengesahkan permainan ini akan menerima 4 lagi episod dalam bentuk DLC bermula dengan Episode: Ardyn. Tambah beliau, jika untuk Epiosde: Ignis ramai yang menangis, untuk yang seterusnya akan membawa tawa bagi pemain.

4 episod terbaru ini akan dikeluarkan pada tahun 2018 hingga 2019 dan tidak akan termasuk di dalam pas semusim sekarang kemungkinan besar Square Enix akan mengeluarkan pas semusim kedua. Mengikut pendapat anda, adakah Final Fantasy XV menerima terlalu banyak penambahan kandungan?


TIPS & ULASAN