Informasi Permainan Video Terkini
Filem Pendek Adaptasi Permainan Papers, Please Dikeluarkan – Percuma Di Youtube Dan Steam

Filem Pendek Adaptasi Permainan Papers, Please Dikeluarkan – Percuma Di Youtube Dan Steam

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Papers, Please merupakan permainan tekaria yang dikeluarkan oleh Lucas Pope untuk PC, Mac, Linux, PlayStation Vita dan iOS. Permainan ini adalah mengenai pegawai yang menjaga sempadan negara rekaan Arstrotzka.

Filem pendek berdasarkan permainan ini baru sahaja dikeluarkan oleh KINODOM Productions. Filem dengan cukup baik memberikan perasaan yang sama dengan permainan Papers, Please dimana pemain perlu membuat keputusan untuk membenarkan atau tidak seseorang memasuki sempadan.

Anda boleh menonton filem ini secara percuma di Youtube (video disertakan di atas) ataupun Steam. Apa pendapat anda mengenai filem ini? Anda sudah mencuba permainan Papers, Please?


TIPS & ULASAN