Melalui temubual bersama 4gamer yang diterjemah oleh Siliconera, Pengarah Final Fantasy XV Hajime Tabata mengatakan walaupun mereka hanya ingin memfokuskan usaha mereka untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk pemain, akan tetapi beliau berharap Final Fantasy XV Windows Edition terjual sebanyak 2 juta unit untuk membantu mereka mencapai sasaran menjual Final Fantasy XV sebanyak 10 juta unit.
Tambah beliau lagi, setakat ini Final Fantasy XV sudah terjual sebanyak 7 juta unit, jadi untuk mencapai sasaran 10 juta unit sudah semestinya Windows Edition dan juga Royal Edition untuk konsol lain harus mendapat jualan sebanyak 3 juta unit sekurang-kurangnya.
Walaupun Windows Edition baru sahaja diumumkan akan mendapat kostum Half-Life bagi pembelian awal di Steam akan tetapi agak sukar untuk mendapat jualan sebanyak 2 juta unit terutama permainan yang sudah lama dikeluarkan. Anda pernah bermain Final Fantasy XV dan adakah akan membeli Windows Edition apabila dikeluarkan nanti?
[info]Steam: Final Fantasy XV Windows Edition[/info]