Pada minggu lepas selepas 2 hari dikeluarkan Kingdom Come: Deliverance terjual sebanyak 400 ribu unit. Hari ini melalui kuciran di akaun Twitter beliau pengarah permainan ini Daniel Vavra selain berterima kasih dan mengatakan kemaskini akan tiba tidak lama lagi turut mengatakan yang permainan ini sudah terjual 1 juta unit untuk minggu pertama.
Seems that we have sold million copies in first week. Thank you! Patch is coming. pic.twitter.com/FM76QqxbtO
— Daniel Vávra ⚔ (@DanielVavra) February 22, 2018
Walaupun Kingdom Come: Deliverance mendapat ulasan yang berbeza terutama kerana mempunyai banyak masalah dari segi prestasi permainan tetapi nampaknya tidak memberi kesan kepada hasil jualan untuk permainan ini.
Jika sebelum ini kami melaporkan yang Kingdom Come: Deliverance sudah dikeluarkan di Steam tetapi tidak di Playstation Store Malaysia, kini kami boleh sahkan yang permainan ini sudah dijual di PlayStation Store Malaysia pada harga RM239 iaitu jauh beza dengan harga di Steam RM105.
Playstation Store: Kingdom Come: Deliverance
Steam: Kingdom Come: Deliverance