Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Final Fantasy XV: Comrades Akan Menyertakan Sebilangan Kandungan Tambahan

Kemaskini Final Fantasy XV: Comrades Akan Menyertakan Sebilangan Kandungan Tambahan

Diterbitkan pada Feb 18, 2018 oleh .

Final Fantasy XV: Comrades merupakan mod multi-pemain bagi permainan Final Fantasy XV yang dilancarkan November lepas. Ia merupakan pernambahan DLC yang mana pemain berupaya untuk bermain Final Fantasy XV secara multi-pemain melalui atas-talian.

Kini, Square-Enix mengumumkan kemaskini terbaru buat mod tersebut yang mana mereka akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, Square-Enix tampaknya akan menyertakan sebilangan kostum dan rupa baru buat pembinaan watak dimana pemain berupaya untuk bermain sebagai watak-watak utama dari permainan asal Final Fantasy XV seperti Aranea, Noctis, Prompto dan sebagainya. Menariknya juga, pemain juga berpeluang untuk bertempur dengan Ifrit dan mod mini-permainan Totomostro juga akan tiba buat permainan Final Fantasy XV: Comrades.

Menurut Square-Enix kemaskini ini akan tiba secara percuma pada 6 Mac ini. Final Fantasy XV: Comrades sudah boleh dimuat-turun dan dimainkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Pada bulan lepas, Square-Enix juga mengumumkan Final Fantasy XV: Royal Edition dan Final Fantasy XV: Windows Edition yang mana kedua-dua tersebut akan menyertakan mod multi-pemain Final Fantasy XV: Comrades.


TIPS & ULASAN