Salah satu aspek yang utama bagi sebuah permainan adalah prestasi pelakon suara latar yang mana permainan Final Fantasy XV mempunyai sebilangan pelakon suara latar yang sangat berbakat melakonkan watak-watak di dalam Final Fantasy XV. Kini, Square-Enix berkongsi video trailer terbaru yang mana pelakon-pelakon suara latar dari permainan tersebut berkongsi pengalaman mereka ketika proses pembangunan tersebut.
Melalui video tersebut, sebilangan pelakon suara latar berkongsi pengalaman mereka antaranya adalah Liam Mulvey, yang mana beliau melakonkan watak bagi Libertus Ostium dimana beliau merupakan salah satu watak utama yang terdapat di dalam filem Kingsglaive: Final Fantasy XV. Watak beliau juga berada di dalam mod multi-pemain Comrades: Final Fantasy XV. Melalui video tersebut, beliau menyatakan beliau amat gembira diberi peluang untuk menjayakan permainan dan impak permainan tersebut sememangnya mengubah hidup beliau.
Selain itu, Adam Croasdell juga menyatakan bahawa mereka tidak menjangkakan ucapan Ignis berkenaan resepi masakan menjadi satu meme di internet sekaligus beliau merasa sangat berbangga dengan sokongan peminat.
Video ini juga dipertontonkan sempena pelancaran Final Fantasy XV: Royal Edition bakal tiba pada 6 Mac ini. Final Fantasy XV: Royal Edition akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan buat permainan tersebut. Untuk senarai penuh berkenaan kandungan tersebut, anda boleh membacanya di sini.