Skip to main content

Bersempena dengan hari kekasih hari ini, jika anda yang masih lagi tidak mempunyai pasangan, anda mungkin akan berminat untuk mencuba permainan ini. RLR Training, diketuai oleh Richard La Ruina kini sedang membangunkan permainan Super Seducer, iaitu sebuah permainan simulasi memfokuskan pengajaran bagaimana cara untuk memikat gadis.

https://www.youtube.com/watch?v=ht8s5qty_gE

Super Seducer merupakan permainan simulasi yang meletakkan pemain di dalam sebilangan senario keadaan dimana pemain perlu memikat gadis. Setiap pilihan yang dibuat oleh pemain, akan dibantu oleh Richard La Ruina, iaitu seorang guru memikat dimana beliau akan memberi maklum balas dan juga petua buat pemain untuk memikat gadis.

Menurut trailer tersebut, permainan Super Seducer akan dilancarkan di PC melalui Steam dan Playstation 4 pada 6 Mac ini dengan harga $19.99(~RM79). Bagi anda yang masih lagi tidak mempunyai pasangan pada hari kekasih ini, anda mungkin berminat untuk mencuba permainan ini bermula bulan hadapan.

Leave a Reply