Informasi Permainan Video Terkini
Rainbow Six Siege Boleh Dimainkan Secara Percuma Sepanjang Hujung Minggu Ini
PC

Rainbow Six Siege Boleh Dimainkan Secara Percuma Sepanjang Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Feb 13, 2018 oleh .

Selain dari Overwatch, Tom Clancy’s Rainbow Six Siege juga menawarkan permainan secara percuma sepanjang hujung minggu ini. Pemain boleh bermain kesemua mod yang ada tanpa sebarang sekatan.

Tawaran ini bermula pada 15 Februari berakhir pada 21 Februari dan terbuka untuk semua konsol iaitu PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One. Untuk tidak terlepas tawaran ini, anda boleh melawati laman Rainbow Six Siege dan menambah tawaran ini ke kalendar anda.

Nampaknya hujung minggu ini anda mempunyai pilihan untuk mencuba Rainbow Six Siege ataupun Overwatch, bagi kami anda semestinya boleh mencuba kedua-duanya.