Informasi Permainan Video Terkini
Splatoon 2 Starter Edition Diumumkan – Mengandungi Buku Strategi dan Pelekat

Splatoon 2 Starter Edition Diumumkan – Mengandungi Buku Strategi dan Pelekat

Diterbitkan pada Feb 13, 2018 oleh .

Nintendo America hari ini melalui kuciran di akaun Twitter rasmi mereka mengumumkan Splatoon 2 akan menerima Starter Edition. Melalui edisi ini, selain daripada permainan Splatoon 2, pemain juga akan menerima buku strategi dan pelekat.

Edisi ini akan dijual pada harga $59.99 (RM 235) iaitu tiada perbezaan harga dengan edisi yang biasa. Splatoon 2 merupakan antara permainan yang terus mendapat sokongan dari pemain dan juga Nintendo selepas sudah hampir setahun dikeluarkan.