Informasi Permainan Video Terkini
Fornite Mengeluarkan State of Development Versi 4 – Mengacah Rekaan Kostum, Senjata Baru dan Mod Untuk Masa Terhad
PC

Fornite Mengeluarkan State of Development Versi 4 – Mengacah Rekaan Kostum, Senjata Baru dan Mod Untuk Masa Terhad

Diterbitkan pada Feb 12, 2018 oleh .

State of Development merupakan perkongsian yang dikeluarkan oleh Epic Games selain untuk berkongsi perkembangan terbaru Fornite, juga digunakan untuk mengacah kandungan baru untuk Fornite.

Untuk versi 4, antara perkembangan yang dikongsi adalah mereka akan meningkatkan kualiti server agar tidak mengalami masalah lagi apabila menerima permain yang ramai. Mereka juga mengatakan mod 60FPS akan tiba untuk konsol (PS4, PS4 Pro, Xbox One, Xbox One X).

Selain itu mereka juga berkongsi rekaan untuk senjata dan juga kostum yang bakal tiba ke dalam permainan. Antara yang ditunjukkan adalah seperti di bawah.

Mod permainan untuk masa terhad juga diumumkan. Antara mod yang dikatakan akan dianjurkan pada bulan depan adalah Mod Blitz dan juga kegemaran ramai iaitu Mod 50 v 50. Jika anda ingin membaca lebih lanjut mengenai kemas kini ini anda boleh melayari blog Epic Games.


TIPS & ULASAN