Informasi Permainan Video Terkini
Penny-Punching Princess Akan Dikeluarkan Di Switch Pada 3 April

Penny-Punching Princess Akan Dikeluarkan Di Switch Pada 3 April

Diterbitkan pada Feb 12, 2018 oleh .

Penny-Punching Princess sebelum ini diumumkan tahun lepas akhirnya akan tiba untuk Switch pada 3 April mengikut pengumuman dari NIS America. Permainan isometric brawler ini mementingkan penggunaan duit di dalam permainan selain dari pertempuran.

Buat masa ini masih tiada penyenaraian permainan ini di eShop akan tetapi jika mengikut senarai di Amazon, permainan ini akan berharga $39.99 (RM 158). Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai permainan ini anda boleh menonton video trailer dibawah.