Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Nintendo of America, Nintendo mengumumkan amiibo iaitu figura yang dikhususkan untuk watak-watak permainan Nintendo bagi Marina dan Pearl (Splatoon 2) akan dikeluarkan pada tahun ini.
Good news for #Splatoon2 fans, Pearl and Marina #amiibo are on the way! The Off the Hook 2-pack steals the show later this year! pic.twitter.com/eTpiG3sduA
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) February 11, 2018
Mengikut video yang disertakan, kedua amiibo ini hanya boleh didapati bersama iaitu $24.99 (RM98). Jika mengikut kebiasaan amiibo, keluarkan adalah terhad dan kedai-kedai akan menjual dengan harga yang berlainan mengikut permintaan.
Amiibo merupakan sesuatu yang kami sangat suka untuk mengumpul akan tetapi kerana sukar untuk mendapat watak yang menarik, koleksi kami agak terhad. Bagaimana dengan anda? Adakah anda juga peminat amiibo?