Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Metroid Prime 4 Mungkin Dibangunkan Oleh Bandai Namco

(Ura-Ura) Metroid Prime 4 Mungkin Dibangunkan Oleh Bandai Namco

Diterbitkan pada Feb 9, 2018 oleh .

Baru-baru ini, salah seorang pembangun permainan di Bandai Namco menyertakan informasi pengalaman beliau di laman Linkedin yang mana beliau meletakkan informasi berkenaan sebilangan permainan yang sedang dibangunkan oleh beliau yang bakal tiba secara esklusif di konsol Switch.

Antara permainan yang diumumkan juga adalah permainan Ridge Racer 8 yang mana juga mungkin akan dilancarkan secara esklusif di Switch. Namun, antara senarai yang menarik minat peminat adalah nama projek yang tidak diumumkan berada di senarai tersebut.

Kini, setelah beberapa hari daripada tertirisnya senarai tersebut, Eurogamer kini menyatakan bahawa permainan Metroid Prime 4, iaitu siri permainan Metroid yang terbaru dimana ia diumumkan ketika E3 tahun lepas, sememangnya dibangunkan oleh Bandai Namco.

Sebelum ini, siri permainan Metroid Prime dibangunkan oleh Retro Studios dan ketika pengumuman permainan Metroid Prime 4 tahun lepas, ramai peminat menjangkakan bahawa permainan tersebut tidak lagi dibangunkan oleh Retro Studios.

Walaubagaimana pun, Nintendo dan Bandai Namco masih belum berkongsi sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara ini. Tambahan juga, mereka masih belum mempamerkan sebarang bentuk permainan bagi permainan tersebut. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi informasi lanjut selepas pengumuman rasmi oleh kedua-dua belah pihak tersebut.