Skip to main content

Minggu lepas, Koei Tecmo berkongsi trailer bentuk pertempuran bagi permainan terbaru Attack On Titan 2, kini Koei Tecmo akhirnya berkongsi bentuk permainan bagi mod multi-pemain bagi permainan tersebut yang mana ia menyokong sebilangan mod yang menarik antara pemain-pemain secara atas-talian.

Mod multi-pemain Attack On Titan 2 akan membenarkan pemain untuk bermain secara berkumpulan ataupun menentang pemain lain untuk menghapuskan gergasi musuh yang terdapat di dalam permainan tersebut. Bagi mereka yang bermain permainan ini di konsol Switch, ia juga akan menyokong mod multi-pemain secara luar-talian tanpa wayar.

Permainan ini juga menyertakan mod multi-pemain secara berkoperasi bagi mod penceritaan dimana pemain bermain bersama pemain lain untuk menghabiskan misi-misi permainan dan juga berpeluang untuk membantu pemain lain. Manakala mod kedua adalah Scout Missions Co-op dimana sebanyak empat pemain boleh bermain bersama-sama dan melakukan sebilangan misi. Koei Tecmo juga menyediakan Annihilation Mode yang mana pemain akan bertempur empat antara empat untuk menghapuskan gergasi musuh. Koei Tecmo juga menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan mod terbaru buat permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak.

Attack On Titan 2 merupakan permainan yang diadaptasikan dari siri anime Attack on Titan yang sangat terkenal. Permainan ini merupakan sekuel untuk permainan Attack On Titan: Wings Of Freedom yang dilancarkan pada 2016 yang lepas. Attack On Titan 2 akan dilancarkan pada 20 Mac 2018 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply