Sebelum ini kami ada melaporkan yang Final Fantasy XV Royal Pack iaitu DLC penambahan untuk pemain yang tidak ingin membeli Royal Edition akan berharga RM 80, Square Enix kemudian mengatakan yang harga tersebut adalah ralat.
Hari ini, Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) mengumumkan yang Royal Pack untuk PlayStation 4 ini akan dijual pada harga RM66 iaitu RM12 lebih murah berbanding laporan sebelum ini.
SIES juga mengumumkan Royal Edition untuk PlayStation 4 akan berharga RM219 (fizikal) dan RM209 (digital). Manakala Final Fantasy XV Windows Edition untuk PC berharga RM219. Final Fantasy XV Windows Edition/Royal Editon dan juga Royal Pack akan dikeluarkan pada 6 Mac.
Bagi kami harga Royal Pack yang lebih murah berbanding laporan sebelum ini adalah satu perkara yang baik walaupun kami merasakan lebih baik diberikan percuma untuk pemain yang memiliki pas semusim.
Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai Final Fantasy XV Royal Edition anda boleh melayari pautan ini.