Skip to main content

Sebelum Switch dikeluarkan ramai yang kejayaan konsol terbaru dari Nintendo bergantung kepada pembangun parti ketiga. Jika permainan kurang dikeluarkan untuk Switch, sudah semestinya akan kurang minat dari pemain untuk mendapatkannya.

Melalui analisis yang dilakukan oleh Kotaku UK, sokongan untuk Switch dari pembangun parti ketiga agak memberangsangkan. Setakat hari terakhir Disember tahun lepas, iaitu 279 hari selepas Switch dikeluarkan, jumlah permainan untuk Switch tiga kali lebih tinggi berbanding Wii U dalam jangka masa yang sama.

Selain daripada jumlah, permainan untuk Switch juga menerima lebih banyak ulasan yang baik berbanding Wii U kerana pencapaian inilah yang menjadikan jualan Switch sudah melebihi Wii U walaupun baru dikeluarkan. Ini sudah semestinya satu berita yang baik untuk Nintendo dan juga pemilik Switch sendiri kerana akan terus menerima permainan yang berkualiti.

Leave a Reply