Pada hujung minggu lepas, Garena berkerjasama bersama Media Prima untuk mengadakan acara Gegaria Fest 2018 yang mana mereka mengadakan acara e-sukan kejohanan buat permua Arena Of Valor.
Kejohanan tersebut dimenangi oleh pasukan M8Hexa.Alpha. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000. Manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan M8Hexa.PenangFood dan mereka pula membawa pulang wang hadiah bernilai RM3000. Sekaligus keseluruhan pasukan M8Hexa membawa pulang wang tunai sebanyak RM8000.
Acara Gegaria Fest 2018 merupakan acara yang akan diadakan di seluruh Malaysia, bermula di Setia City Convection Center di Shah Alam pada 13 Januari lepas, diikuti dengan Plaza Angsana, Johor Bahru pada hujung minggu lepas. Acara seterusnya akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang pada 24 Februari ini.
Setiap acara tersebut diadakan acara kejohanan e-sukan bagi permainan berbeza bermula FIFA Online 3, Arena of Valor dan seterusnya di Pahang iaitu League Of Legends.
Jangan lepaskan anda untuk menghadirkan diri ke acara Gegaria Fest seterusnya yang akan berlangsung pada 24 Februari ini di Stadium Darl Makmur, Pahang.