Informasi Permainan Video Terkini
Bridge Constructor Portal Akan Dilancarkan Di Konsol Pada 1 Mac Ini

Bridge Constructor Portal Akan Dilancarkan Di Konsol Pada 1 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 9, 2018 oleh .

Tahun lepas, Headup Games mengumumkan permianan Bridge Constructor yang memfokuskan dunia Portal, iaitu siri permainan penembak pandang pertama tekaria yang terkenal oleh Valve. Namun, ketika itu, permainan tersebut hanyalah diumumkan buat edisi PC dan juga peranti mudah-alih. Kini, Headup Games akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut akan tiba di konsol pada 1 Mac ini.

Permainan ini merupakan gabungan antara permainan Bridge Constructor oleh ClockStone dan permainan Portal oleh Valve. Permainan Bridge Constructor Portal akan ditempatkan di dunia permainan Portal dimana pemain ditugaskan untuk membina sebuah jambatan dan menyelesaikan tekaria permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan Bridge Constructor Portal, permainan ini sudah dilancarkan di PC melalui Steam bersama versi permua di iOS dan Android. Manakala versi konsol iaitu di Playstation 4, Xbox One dan Switch, ia akan dilancarkan pada 1 Mac ini dengan harga $14.99(~RM60).


TIPS & ULASAN