Final Fantasy XV : Pocket Edition yang dikatakan akan keluar pada 9 Februari tiba lebih awal. Bermula kelmarin, permua ini boleh dimuat-turun secara percuma untuk peranti iOS dan Android. Walaupun permua ini percuma akan tetapi pemain hanya boleh bermain untuk Bab 1 sahaja.

Untuk mendapatkan Bab 2 hingga Bab 10 pemain mesti membuat pembelian di dalam permainan. Untuk kesemua bab, harga yang diletakkan adalah RM79.90 pemain juga boleh membeli setiap bab secara berasingan.

Kami mencuba permua ini di iPhone 7 dan boleh katakan teknik permainan adalah agak menarik dan prestasi permainan juga sangat baik, akan tetapi semasa percubaan kami bateri iPhone 100%, berkurang sehingga 30% untuk satu bab. Konfigurasi yang digunakan adalah 60fps.

Untuk harga RM79.90, melalui pandang pertama kami permainan ini agak berbaloi akan tetapi jika anda sudah bermain Final Fantasy XV mungkin permua ini tidaklah diperlukan.

App Store: Final Fantasy XV : Pocket Edition

Play Store: Final Fantasy XV : Pocket Edition

Sohor Kini