Skip to main content

Fazan, iaitu pembangun permainan Beastiarium kini mengumumkan permainan terbaru oleh mereka iaitu Egress yang mana ia merupakan permainan berbentuk Battle Royale yang memfokuskan pertempuran jarak dekat.

Menurut Fazan, permainan tersebut mempunyai sistem pertempuran seakan permainan Souls, yang mana ia agak mendalam dari segi penyerangan, pengelakkan dan pertahanan. Setiap watak juga mempunyai kemahiran yang berlainan.

Permainan ini juga mempunyai tema dari era Victoria, Lovecraft dan juga Retrowave. Dengan rekaan kawasan yang berperingkat dari jalanan, rumah sehingga pembentungan, pemain perlu bertempur dengan pemain lain untuk menjadi pemain terakhir yang hidup. Seperti permainan battle royale lain, Egress juga akan menyertakan mod secara solo ataupun berkumpulan.

Egress dirancang untuk dilancarkan tahun ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply