Skip to main content

Hari ini Microsoft mengumumkan sebilangan aksesori konsol Xbox One yang bertemakan permainan terbaru Sea Of Thieves.

Alat kawalan Xbox One mempunyai rekaan berwarna ungu dengan logo tengkorak bertemakan lanun yang merupakan ikon bagi permainan Sea Of Thieves. Alat kawalan tersebut akan berharga $74.99(~RM295) dan dilancarkan hari ini. Microsoft juga mengumumkan dok pengecasan alat kawalan yang juga mempunyai tema Sea Of Thieves dengan harga $49.99(~RM197) yang mana ia akan dilancarkan pada 5 April ini. Anda juga boleh mendapatkan dok alat kawalan tersebut tanpa fungsi pengecasan dengan harga $14.95(~RM59).

Selain itu, Microsoft juga mengumumkan kerjasama mereka bersama Seagate iaitu pelancaran cakera keras luaran edisi permainan Sea Of Thieves. Cakera keras luaran tersebut berstorankan 2TB dan ia akan menyertakan sebilangan kandungan digital buat permainan Sea Of Thieves bersama kod langganan Xbox Game Pass selama sebulan. Cakera keras luaran akan dilancarkan pada 20 Mac dengan harga $89.99(~RM354)

Sea Of Thieves bakal dilancarkan di PC dan Xbox One pada 20 Mac 2018 ini. Manakala aksesori-aksesori bertema Sea Of Thieves yang diumumkan akan dilancarkan secara berperingkat bermula hari ini.

Leave a Reply