Street Fighter IV merupakan permainan dari siri Street Fighter kegemaran ramai, selepas dikeluarkan untuk PlayStation 3 dan Xbox pada 2008, versi permua untuk permainan ini dikeluarkan pada 2010 tetapi hanya untuk peranti iOS.

Hari ini, Capcom mengumumkan yang permua Street Fighter IV: Champion Edition akan tiba ke peranti Android pada bulan ini. Permua ini boleh dimuat-turun secara percuma akan tetapi hanya satu watak iaitu Ryu yang boleh dimainkan. Untuk membuka kesemua watak, bayaran sebanyak $4.99 (RM20) akan dikenakan.

Permua ini akan mempunyai 32 watak, termasuk Dan yang eksklusif untuk peranti Android. Permua ini mempunyai dua mod permainan iaitu berseorangan ataupun multi-pemain. Ini sudah semestinya satu berita yang baik untuk peminat Street Fighter yang juga pemilik peranti Android.

Anda boleh pra-daftar untuk mendapat maklumat lebih lanjut apabila permua ini dikeluarkan nanti menggunakan pautan ini.

Sohor Kini