Informasi Permainan Video Terkini
Layers of Fear: Legacy Bakal Tiba Di Switch Pada 21 Februari Ini

Layers of Fear: Legacy Bakal Tiba Di Switch Pada 21 Februari Ini

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Hari ini, Bloober Team iaitu pembangun permainan seram Layers Of Fear mengumumkan bahawa permainan Layers of Fear: Legacy akan dilancarkan di Switch pada 21 Februari ini secara digital melalui Nintendo eShop dengan harga $19.99(~RM78).

Layers of Fear: Legacy ialah permainan seram yang berdasarkan permainan Layers Of Fear yang dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2016 lepas. Layers of Fear: Legacy kini dipernambah-baikkan dan direka khas untuk menyertakan permainan yang unik melalui konsol Switch. Menurut Bloober Team, ia merupakan permainan seram yang immersif buat konsol tersebut.

Layers of Fear: Legacy akan meletakkan pemain sebagai seorang artis yang menjadi gila. Dengan diinspirasikan hasil karya seni kuno, permainan ini akan menyertakan pelbagai adegan-adegan seram yang menarik buat peminat. Selain itu, Bloober Team juga menyertakan DLC pernambahan “Inheritance” secara bersama.

Bagi anda yang meminat permainan bergenre seram, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Layers of Fear: Legacy yang akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 21 Februari ini.