Konsol Switch semakin menjadi pilihan untuk pemain kerana bersifat hibrid yang memudahkan untuk bermain semasa di dalam perjalanan berbanding konsol seperti PlayStation 4, Xbox One dan juga PC yang kebiasaannya digunakan di satu tempat sahaja.
Walaupun Switch mempunyai banyak pilihan permainan yang di dalam kategori Triple A akan tetapi harga yang lebih RM 200 mungkin menjadi kesukaran untuk pemilik Switch mendapatkannya. Masalah ini mudah untuk diselesaikan kerana Switch juga mempunyai pilihan pemain yang murah tetapi berkualiti.
Berikut adalah 6 permainan bawah RM 40 ataupun $9.99 untuk Switch yang anda harus beli.
Astro Bear Party | QubicGames | $4.99 (RM 20)
Permainan ini memfokuskan multi-permain dan agak mudah. Walaupun tidak mempunyai banyak kandungan akan tetapi keseronokan bermain secara multi-pemain dan harga yang murah menjadikan berbaloi untuk dibeli.
Kamiko | Flyhigh Works | $4.99 (RM 20)
Permainan aksi-pengembaraan mempunyai musik dan grafik yang sangat baik. Walaupun permainan secara keseluruhan agak pendek tetapi anda boleh bermain berkali-kali untuk mencuba sesuatu yang baru menjadikan harga yang murah ini sangat berbaloi.
SteamWorld Dig | Image & Form | $9.99 (RM40)
Permainan platformer ini mempunyai rekaan level yang menarik menjadikan sukar untuk berhenti bermain. Dikeluarkan pada 1 Februari lepas permainan ini berbaloi untuk dibeli dengan harga penuh iaitu RM 40 sahaja.
Shu | Coatsink Software | $9.99 (RM40)
Shu juga merupakan permainan platformer, perkara yang paling menarik mengenai Shu adalah grafik dan arahan seni. Selain mempunyai 21 level, Shu juga membawa pemain ke 6 rekaan dunia yang berbeza dan semestinya memukaukan.
https://www.youtube.com/watch?v=XVZPYOuzvD0
The Bridge | QuantumAstroGuild | $3.49 (RM 14)
Permainan tekaria ini sangat mengujakan dan mencabar. Dengan grafik yang menarik dan musik yang menambahkan lagi emosi sudah semestinya menjadikan permainan ini akan terus dimainkan. Walaupun agak pendek tetapi dengan harga promosi sekarang The Bridge sangat berbaloi.
Sky Force Reloaded | Infinite Dreams | $9.99 (RM 40)
Permainan penembak menegak ini mempunyai persekitaran yang cantik dan juga efek yang memukaukan. Pemain boleh bermain secara berseorangan ataupun secara mod cooperative setempat.
Tersenarai merupakan permainan yang kami merasakan dengan harga yang tawarkan kesemua permainan ini wajar beli. Anda mempunyai cadangan lain? Nyatakan di bahagian komen di bawah.