Cities : Skylines merupakan salah satu permainan simulasi membina bandar yang popular, dan telah dilancarkan pada 2015 yang lepas. Ia mempunyai pelbagai maklumbalas positif daripada pemain seluruh dunia.

Cities Skylines

Bagi anda yang masih belum berpeluang untuk memainkannya, kini pembangunnya menawarkan permainan berkenaan untuk dimainkan secara percuma sepanjang minggu ini.

Anda yang berminat, boleh memuat-turun dan memainkan permainan ini melalui Steam untuk minggu ini – dan turut membuat keputusan untuk membelinya atau tidak.

Bagi anda yang ingin membelinya, Cities : Skylines ditawarkan pada harga diskaun 75%, iaitu hanya RM14 sehingga 13 Februari ini.

Cuba : Cities : Skylines

Sohor Kini