Skip to main content

E-Sukan merupakan satu acara yang semakin menjadi kegilaan ramai dan Capcom tahun ini tidak melepaskan peluang untuk mengadakan kembali acara kejohanan Capcom Pro Tour bagi tahun 2018 yang mana ia akan berlangsung pada Mac ini dengan memfokuskan permainan Street Fighter V.

Menurut Capcom, jadual penuh Capcom Pro Tour bagi tahun 2018 akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Februari ini dan dua acara utama pertama yang diumumkan adalah Final Rounds dan NorCal Regionals yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada 16 sehingga 18 Mac ini.

Pada masa yang sama, Capcom juga mempertontonkan video khas yang mempamerkan acara Capcom Cup 2017 yang berlangsung tahun lepas.

Dengan pelancaran Street Fighter V: Arcade Edition dan juga DLC pernambahan musim ketiga, ini merupakan satu lagi acara kejohanan khas oleh Capcom yang mana mereka akan terus menyokong permainan tersebut.

Leave a Reply