Skip to main content

Humble Bundle sedia terkenal dengan penawaran permainan video pada harga yang sangat kompetitif. Kini, selain penawaran Humble Rockstar Bundle, mereka juga hadir dengan sebuah lagi penawaran baru, iaitu Humble Best Of 2017 Bundle.

Humbe Best of 2017 Bundle

Melalui penawaran ini, anda boleh mendapatkan permainan seperti Goat Simulator, Hacknet, dan juga Five Nights at Freddy’s Sister Location pada harga hanya $1 dan ke atas.

Dengan membuat sumbangan purata (sekitar $5.37 ketika artikel ditulis), anda akan menerima empat lagi permainan menarik, iaitu Turmoil, Death Road to Canada, Sins of a Solar Empire, dan juga Verdun.

Dan dengan membuat bayaran $10, anda akan menerima permainan Dead by Daylight.

Bagi anda yang berminat untuk menambah koleksi permainan video anda, jangan lepaskan peluang ini, dan dapatkan Humble Best of 2017 Bundle ini hari ini.

[info]Layari : Humble Best of 2017 Bundle[/info]

Leave a Reply