Dengan pengumuman Final Fantasy XV: Windows Edition buat pengguna PC, pemain juga tampaknya berpeluang untuk bermain antara pemain PC dan Xbox One dalam bentuk multi-pemain.

Menurut laman rasmi Microsoft Store permainan tersebut, Final Fantasy XV: Windows Edition akan menyokong multi-pemain koperasi antara pemain PC dan Xbox One. Fungsi ini akan membolehkan pemain Final Fantasy XV di konsol Xbox One untuk bermain bersama-sama dengan pemain di PC di dalam bentuk multi-pemain. Mod ini mungkin akan ditempatkan di mod multi-pemain Final Fantasy XV: Comrades yang mana sebelum ini dilancarkan di konsol.

Walaupun begitu, fungsi ini tampaknya tidak boleh dimainkan melalui permainan Final Fantasy XV: Windows Edition yang dibeli melalui Steam dan hanya boleh digunakan secara pembelian melalui Microsoft Store sahaja.

Minggu lepas, Square-Enix juga menlancarkan aplikasi penanda aras bagi permainan tersebut buat pengguna PC yang ingin mengenal pasti spesifikasi permainan tersebut.

Final Fantasy XV: Windows Edition akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Mac ini dengan sebilangan kandungan tambahan daripada kandungan Final Fantasy XV: Royal Edition. Untuk senarai penuh berkenaan kandungan tersebut, anda boleh membacanya di sini.

Sohor Kini