Kes penipuan adalah satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan di dalam PUBG sehinggakan 1 juta pemain diharamkan untuk bulan Januari. Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini PUBG Corp mengumumkan mereka akan mengeluarkan kemaskini untuk PUBG yang memfokuskan kepada anti-penipuan dan sepatutnya dikeluarkan pada hari ini.
Melalui akaun Twitter rasmi PUBG, mereka mengumumkan kemaskini ini ditangguhkan kerana mempunyai masalah yang tidak dijangka. Tarikh baru pengeluaran ini masih tidak diketahui. Kami semestinya akan mengemas kini apabila menerima informasi terbaru.
PC players, the patch for the anti-cheat update has been delayed, as an unexpected issue has occurred while testing its compatibility. We will soon update you when it will be released. Thank you for your understanding.
— PUBG: BATTLEGROUNDS (@PUBG) February 6, 2018