Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Deadbolt Untuk PlayStation 4 dan PS Vita Akan Dikeluarkan Pada 20 Februari

Permainan Deadbolt Untuk PlayStation 4 dan PS Vita Akan Dikeluarkan Pada 20 Februari

Diterbitkan pada Feb 6, 2018 oleh .

Pengasas Hopoo Games Duncan Drummod mengumumkan permainan mereka Deadbolt yang sudah dikeluarkan di PC pada tahun 2016 lagi akan tiba di PlayStation 4 dan PS Vita pada 20 Februari ini.

Deadbolt adalah permainan aksi-stealth, dimana pemain akan mengawal malaikat maut yang ditugaskan untuk membunuh kesemua undead, yang menjadikan pemainan ini menarik anda boleh mati apabila terkena satu sahaja tembakan. Permainan ini juga memberi pilihan kepada pemain untuk mengunakan cara tersendiri bagi menyelesaikan setiap misi.

Video pengumuman boleh ditonton di bawah dan permainan ini juga mempunyai cross-buy jika anda mempunyai PlayStation 4 dan PS Vita, anda perlu membelinya sekali sahaja.