Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan Model Baru Untuk Gold Wireless Headset

Sony Mengumumkan Model Baru Untuk Gold Wireless Headset

Diterbitkan pada Feb 6, 2018 oleh .

Model sekarang untuk Gold Wireless Headset dikeluarkan pada tahun 2014, akhirnya selepas 4 tahun Sony mengumumkan model baru untuk fon telinga ini.

Dengan mengekalkan harga yang sama iaitu $100 (RM391), model baru ini mempunyai rekaan baru dengan kusyen telinga yang dipertingkatkan kualiti untuk memastikan sentiasa selesa walaupun diguna buat masa yang lama.

Fon telinga ini akan mempunyai sistem audio 7.1 dan juga mikrofon tersorok yang mempunyai fungsi noise-cancelling bagi memastikan suara jelas. Tersedia juga adalah 3.5mm kabel audio untuk mengunakan dengan wayar.

Fon telinga ini akan dikeluarkan di US beberapa minggu lagi, buat masa ini tiada pengemuman bila dikeluarkan di tempat lain.