The Legend of Zelda: Breath of the Wild (BotW) adalah antara permainan terbaik untuk tahun 2017. Permainan ini sudah menerima ulasan yang baik dan juga pelbagai anugerah. BotW juga mendapat kejayaan dari segi kewangan.
Berdasarkan laporan kewangan, BotW untuk Nintendo Switch telah terjual sebanyak 6.7 juta unit. Berdasarkan laporan sebelum ini BotW untuk Wii U pula terjual sebanyak 1.08 juta unit. Ini menjadikan jualan kesulurhan untuk BotW adalah 7.78 juta unit.
Ini sekaligus menjadikan BotW terjual kedua tertinggi untuk siri permainan The Legend of Zelda dibelakang Twilight Princess yang terjual sebanyak 8.8 juta unit. Dengan Nintendo Switch semakin mendapat sambutan, kami tidak terkejut andai BotW akan melepasi Twilight Princess. Graf perbandingan untuk kesemua permaian siri The Legend of Zelda boleh ditengok di bawah.