Informasi Permainan Video Terkini
XCOM 2 Collection Diumumkan Untuk PC – Akan Datang Untuk PlayStation 4 dan Xbox One
PC

XCOM 2 Collection Diumumkan Untuk PC – Akan Datang Untuk PlayStation 4 dan Xbox One

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

XCOM 2 yang dikeluarkan pada 2016 telah menerima 5 DLC termasuk War of the Chosen yang menambah banyak kandungan baru untuk permainan ini. Setiap DLC ini boleh dibeli secara beransingan, tetapi Firaxis mengumumkan XCOM 2 Collection yang mengandungi kesemua DLC.

Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Firaxis Games mereka mengatakan buat masa ini hanya untuk PC tetapi PlayStation 4 dan Xbox One akan menerima pada masa akan datang.

XCOM 2 Collection sekarang sudah boleh dibeli di Steam denga harga RM279.00 dan sudah semestinya ini satu yang baik untuk pemain terutama jika anda masih belum memiliki XCOM 2.

Steam: XCOM 2 Collection