Informasi Permainan Video Terkini
Jumlah Jualan Celeste Di Switch Lebih Tinggi Berbanding Konsol Lain

Jumlah Jualan Celeste Di Switch Lebih Tinggi Berbanding Konsol Lain

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Berdasarkan temubual pencipta Celeste Matt Thorson bersama Destructoid, beliau menyatakan Celeste jumlah jualan Celeste di Switch melebihi konsol lain iaitu PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Tambah beliau lagi ini bukanlah di luar jangkaan kerana Celeste merupakan permainan yang sangat bersesuaian dengan konsol hibrid seperti Switch.

Celeste merupakan permainan platforming yang dikeluarkan pada 25 Januari lepas dan menerima penerimaan positif daripada media dan juga pemain. Bahkan ada yang mengatakan Celeste merupakan antara permainan platforming yang terbaik. Perkembangan ini sangat menarik, kemungkinan akan lebih banyak pembangun yang akan memfokuskan pengeluaran untuk Switch berbanding konsol lain.