Sony hari ini telah berkongsi angka jualan terkini syarikat mereka, mengatakan PlayStation 4 kini telah terjual sebanyak 76.5 juta unit di seluruh dunia.

Dengan pengumuman angka baru ini, ia sekaligus menghampiri angka rekod yang dipegang oleh PlayStation 3, iaitu sebanyak 80 juta unit di seluruh dunia sehingga kini.

PlayStation 4 sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2013 yang lepas, dan sejak daripadanya ia telah menjadi antara konsol popular, selain pelbagai permainan ditawarkan secara eksklusif untuknya.

Sebelum ini, pada September 2017 lepas, Sony mengumumkan yang mana PS4 telah terjual sebanyak 67.5 juta unit – dan kini selang tiga bulan, ia memperlihatkan peningkatan yang positif, walaupun telah hampir lima tahun ia dilancarkan.

Sohor Kini