Skip to main content

Presiden Nintendo Tatsumi Kimishima di dalam temubual bersama Nikkei diterjemahkan oleh Gameranx mengatakan yang Nintendo bercadang untuk menyokong Nintendo Switch lebih daripada 5 hingga 6 tahun.

Melalui maklumat ini kita boleh jangkakan yang konsol yang mengantikan Switch hanya akan dikeluarkan selepas 6 tahun. Ini tidak bermaksud Nintendo tidak akan mengeluarkan variasi yang berlainan untuk Switch terutama dari segi saiz ataupun penambah-baikkan dalaman.

Sebagai perbandingan Wii U dikeluarkan pada tahun 2012 dan bertahan selama 5 tahun sebelum Nintendo Switch dikeluarkan pada tahun 2017. Dengan jualan Nintendo Switch sudah mengatasi jualan Wii U sepanjang 5 tahun sudah semestinya Switch akan bertahan lebih lama.

Jadi untuk pemilik Switch sudah semestinya ini adalah satu berita yang baik, konsol mereka akan terus bertahan untuk sekurangnya 5 hingga 6 tahun lagi.

Leave a Reply