Walaupun Nintendo sebelum ini mengumumkan yang ARMS tidak akan menerima kandungan baru tetapi permainan ini terus ditambah dengan beberapa mod baru.
Terbaru melalui kemaskini versi 5.1, ARMS akan ditambah galeri untuk pemain mendapat illustrasi berkaitan ARMS dengan membeli menggunakan matawang di dalam permainan ataupun menyelesaikan beberapa tugasan.
Nintendo juga menambah kandungan untuk mod Party Crash dan memperkenalkan mod Tournament. Mod ini adalah dikhaskan untuk anda menganjur kejohanan anda sendiri dimana kesemua ARMS akan dibuka untuk digunakan.
Walaupun kami kecewa kerana ARMS tidak lagi akan menerima kandungan baru terutama watak, tetapi penambahan kecil sebegini akan menjadikan ARMS boleh terus dimainkan.