SEGA hari ini mengumumkan Total War Saga: Thrones of Britannia akan dikeluarkan pada 19 April ini dan boleh mula di pra-tempah dengan potongan harga sebanyak 10% bermula hari ini hingga tarikh dikeluarkan.
Total War Saga merupakan permainan spin-off kepada siri Total War, berbeza dengan Total War, permainan ini memfokuskan kepada satu peristiwa. Untuk Thrones of Britannia, berlaku semasa pentempuran diantara puak Gaelic, Anglo-Saxon, dan Viking.
Ini merupakan permainan pertama untuk siri Total War Saga dan dijangkakan akan mendapat lebih banyak di masa hadapan. Siri utama Total War yang seterusnya adalah Total War: Three Kingdoms yang akan dikeluarkan musim luruh ini.
Spesifikasi untuk permainan ini juga dikongsikan oleh SEGA.
MINIMA:
- CPU: Intel® Core™ 2 Duo 3.0Ghz
- Memori: 5 GB RAM
- GPU: NVIDIA GTX 460 1GB | AMD Radeon HD 5770 1GB | Intel HD4000 @720p
DICADANGKAN:
- CPU: Intel® Core™ i5-4570 3.20GHz
- Memori: 8 GB RAM
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 770 4GB | AMD Radeon R9 290X 4GB @1080p


