Seperti yang dijadualkan, Final Fantasy XII: The Zodiac Age versi PC kini boleh dimuat-turun melalui Steam. Harga untuk permainan ini adalah RM160.00 tetapi dari hari ini sehingga 9 Februari potongan harga 20% diberikan dan harga selepas potongan adalah RM128.00. Trailer bersempenan pelancaran ini boleh ditonton dibawah.

Untuk versi PC penambah-baikkan dilakukan ke atas permainan ini. Antara kelebihan versi ini adalah 60 FPS, menyokong monitor dengan nisbah 21:9, mod New Game+ dan New Game-, kebolehan untuk memilih tiga musik latar berlainan, dan juga mempunyai Steam Trading Card.

Steam: Final Fantasy XII: The Zodiac Age

Sohor Kini