Informasi Permainan Video Terkini
Permua Digimon ReArise Diumumkan Oleh Bandai Namco

Permua Digimon ReArise Diumumkan Oleh Bandai Namco

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Tahun lepas, Bandai Namco baru sahaja mengumumkan permua Digimon Links untuk iOS dan Android. Kini tampaknya satu lagi permua (Permainan Mudah-Alih) Digimon bakal tiba di peranti telefon pintar iOS dan Android iaitu Digimon ReArise.

Ketika artikel ini ditulis, Bandai Namco masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permua ini. Namun menurut Bandai Namco, Digimon ReArise akan memfokuskan penternakkan Digimon seperti permainan Digimon sebelum ini. Mereka juga menyatakan ia akan mengandungi penceritaan pengembaraan antara penternak dan Digimon.

Buat masa ini, ia diumumkan bakal tiba di pasaran Jepun pada 2018 ini. Namun kami percaya ia akan dilancarkan secara global selepas pelancarannya di Jepun kelak.