Informasi Permainan Video Terkini
Tekken Mobile Kini Boleh Dimuat-Turun Dan Dimainkan Pengguna Malaysia

Tekken Mobile Kini Boleh Dimuat-Turun Dan Dimainkan Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Bandai Namco sebelum ini telah pun mengumumkan permua Tekken Mobile yang membolehkan para peminat siri permainan berbentuk aksi-lawan Tekken untuk memainkannya pada telefon pintar. Kini, setelah sekian lama dinantikan, akhirnya pengguna di Malaysia sudah boleh memuat-turun dan mencuba permainan berkenaan.

Pada Tekken Mobile, anda akan memulakan permainan dengan satu watak, dan boleh nyak-kunci watak lain dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi atau menghabiskan beberapa misi khusus untuknya. Selain watak, konsep sama juga untuk mendapatkan skill dan sebagainya.

Pemain juga turut boleh bersaing dengan rakan-rakan lain melalui integrasi dalam-talian yang disediakan padanya.

Bagi anda yang berminat dengan permua berbentuk berlawan, anda mungkin boleh mencuba permua Tekken Mobile ini hari ini.

Muat-Turun Tekken untuk Android

Muat-Turun Tekken untuk iPhone