Skip to main content

Humble Bundle mungkin sangat popular di kalangan para peminat permainan video pada PC, memandangkan anda boleh mendapatkan sejumlah permainan popular pada harga serendah $1. Terkini, untuk tempoh dua minggu ini, Humble Bundle bekerjasama dengan Rockstar Games untuk menawarkan permainan mereka melalui Humble Rockstar Games Bundle. Hasil jualan ini akan diserahkan ke Rainforest Alliance bagi memerangi kemiskinan tegar, perubahan iklim dan kesenjangan sosial.

Pada harga sumbangan minima $1, pengguna akan menerima sehingga 4 permainan, iaitu:

  1. Manhunt
  2. Grand Theft Auto III
  3. Grand Theft Auto : Vice City
  4. Max Payne

 

Pada harga sumbangan purata $9.44 pula, pengguna akan menerima empat permainan tambahan lagi, iaitu:

  1. Bully : Scholarship Edition
  2. Grand Theft Auto : San Andreas
  3. L.A Noire
  4. Max Payne 2 : The Fall of Max Payne

Dan akhir sekali pada sumbangan sekurang-kurangnya $15, pengguna akan menerima permainan:

  1. L.A Noire DLC Bundle
  2. Grand Theft Auto IV
  3. Grand Theft Auto Episodes From Liberty City
  4. Max Payne 3 – dengan season pass.

Permainan ini ditawarkan melalui Steam, dan terdapat beberapa permainan yang turut menyokong Mac.

[info] Layari : Humble Rockstar Games Bundle [/info]

Leave a Reply