Skip to main content

Sony sebelum ini menyasarkan untuk meningkatan jumlah permainan video realiti maya bagi menyokong perkembangan PlayStation VR. Walaupun perjualan PlayStation VR agak memberangsangkan akan tetapi antara kritika yang sering diterima adalah mengenai pengawal untuk PlayStation VR iaitu PlayStation Move.

Ramai pemain yang meminta supaya PlayStation Move disertakan stik analog. Melalui dua paten yang difailkan selain daripada stik analog, pengawal ini juga akan mempunyai teknologi penjejak jemari.

Sama ada paten ini akan menjadi pengawal untuk PlayStation VR yang baru ataupun menjadi aksesori tambahan masih tidak diketahui akan tetapi ini menunjukkan Sony terus memfokuskan perkembangan realiti maya untuk PlayStation.

Leave a Reply