project Octopath Travel merupakan permainan JRPG dari Square Enix untuk Nintendo Switch. Permainan ini mendapat perhatian apabila dikatakan sebagai Bravely Default untuk Switch kerana berkongsi penerbit yang sama, Tomoya Asano.

Pertama kali diumumkan Januari 2017, demo yang boleh dimainkan dikeluarkan di Switch pada September 2017. Selain dijadikan sebagai promosi, demo juga digunakan oleh Square Enix untuk menambah-baikkan permainan ini dengan mendapatkan maklum balas dari pemain.

Selepas mendapat lebih 45,000 maklum balas, hari ini Square Enix berkongsi video penambah-baikkan yang dilakukan oleh mereka berdasarkan maklum balas ini. Video boleh ditonton dibawah, berbahasa Jepun tetapi mempunyai sari kata inggeris.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=GBAukVbwTxQ?rel=0&showinfo=0]

Kami mengharapkan lebih banyak pembangun yang tidak menunggu selepas permainan dikeluarkan untuk mendapat maklum balas dari pemain. Square Enix bukan sahaja memastikan kualiti permainan mereka adalah yang terbaik tetapi pada masa sama melibatkan pemain di dalam pembangunan sekaligus menambahkan lagi minat mereka untuk mendapatkan permainan ini apabila dikeluarkan nanti.

Sohor Kini