Skip to main content

DLC kedua Wolfenstein II: The New Colossus dikeluarkan hari ini, DLC yang membawa tajuk The Diaries of Agent Silent Death. Seperti DLC pertama The Adventures of Gunslinger Joe, DLC kedua juga pemain akan mengawal watak baru iaitu bekas ejen OSS Jessica Valiant dan misinya adalah memasuki bunker Nazi di California untuk mencari rahsia operasi San Andreas.

Harga untuk DLC ini adalah RM39.50 di Steam dan RM41.00 di PlayStation Store ataupun RM98.99 untuk pass semusim yang memberikan anda ketiga-tiga DLC termasuk DLC ketiga The Amazing Deeds of Captain Wilkins yang akan dikeluarkan pada bulan Mac nanti.

Sebelum ini kami mengatakan yang Wolfenstein II adalah permainan yang menarik tetapi kurang dari segi penceritaan dan juga pembaharuan dari siri Wolfenstein sebelum ini. Ulasan penuh boleh dibaca melalui pautan ini. Seperti DLC pertama, DLC ini juga nampaknya menerima reaksi negatif kerana terlalu pendek dan tidak menambah apa-apa yang menarik dari permainan utama.

[download]Steam: The Diaries of Agent Silent Death[/download] [download]PlayStation Store: The Diaries of Agent Silent Death[/download]

Leave a Reply