Polygon hari ini mengeluarkan artikel yang membincangkan mengenai masalah Xbox One yang tidak mempunyai permainan eksklusif untuk konsol ini.

PlayStation 4 akan mempunyai permainan seperti God of War, Spider-man dan juga Detroit: Become Human untuk senarai permainan eksklusif manakala Xbox One, State of Decay 2, Crackdown 3 dan juga Sea of Thieves.

Jika dibandingkan permainan eksklusif untuk Xbox One tidaklah sekuat PlayStation 4 dan ini sudah semestinya menjadi masalah untuk Microsoft dimana jualan unit Xbox One terus ketinggalan ditambah lagi dengan kehadiran Nintendo Switch.

Menurut Polygon lagi, untuk menyelesaikan masalah ini Microsoft melihat untuk membeli pengeluar dan juga pembangun bagi menghasilkan permainan untuk Xbox One. Antara nama yang diperkatakan adalah Electronit Arts. (EA), Valve dan juga PUBG Corp.

Walaupun Microsoft mempunyai kekuatan kewangan untuk membeli mana-mana syarikat tersebut tetapi bagi kami pembangun ataupun pengeluar tersebut tidak dapat membantu Microsoft untuk mempunyai lebih banyak permainan eksklusif untuk Xbox One.

Perniagaan EA sepenuhnya melalui permainan yang boleh dimain di mana-mana konsol, tidak kira Xbox One atapun PlayStation 4, andai Microsoft membeli EA untuk menghasilkan permainan yang ekslusif untuk Xbox One ianya tidak masuk akal dari segi model perniagaan.

Valve walaupun mempunyai permainan yang baik tetapi bukanlah satu studio yang mampu bersaing dengan studio-studio yang dimiliki oleh Sony terutama dari segi keupayaan untuk menghasilkan permainan untuk konsol. Valve tetap akan terus menjadi pembangun yang memfokuskan PC.

PUBG Corp walaupun mempunyai permainan besar seperti PlayerUnknows’s Battleground (PUBG) tetapi juga tidak akan masuk akan untuk terus menjadi eksklusif untuk Xbox One, terutama Fortnite pencabar terdekat yang kini berniat untuk mengeluarkan permainan ini ke lebih banyak konsol. Walaupun Microsoft membeli PUBG Corp, kami merasakan mereka akan menjadi seperti Mojang yang terus mengeluarkan Minecraft untuk semua konsol.

Bagi kami apa yang Microsoft perlu buat adalah menyediakan insentif untuk pembangun mengeluarkan permainan ekslusif untuk Xbox One sepertimana EA melalui EA Originals mereka. Microsoft juga perlu mengkuatkan lagi Xbox Play Anywhere mereka yang dimana permainan yang dibeli boleh dimainkan di PC dan juga Xbox One, ini dengan secara tidak lansung boleh menjadikan koleksi eksklusif untuk PC, turut menjadi eksklusif untuk Xbox One.

Sohor Kini